comscore
Tumpuan :
Nasional

Ujian Penilaian DLP Sarawak tidak babitkan Lembaga Peperiksaan Malaysia

Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn

Oleh: Kadir Edison

KUCHING: Ujian Penilaian program dwibahasa (DLP) Sarawak membabitkan pelajar Tahun Enam yang bakal dilaksakan oleh Sarawak pada tahun hadapan tidak akan melibatkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak MEITD, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, sebaliknya ujian penilaian terbabit hanya melibatkan keputusan di peringkat menteri kabinet negeri tanpa membabitkan lembaga terbabit.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai kaedah dan jenis penilaian yang akan dilaksanakan bagi pelajar tahun enam sehingga keputusan rasmi mengenainya dicapai dalam Mesyuarat Kabinet.

“Kita kena tunggu pengumuman rasmi dan kita minta semua pihak untuk bersabar sehingga keputusan rasmi mengenainya (Ujian Penilaian Tahun Enam) diumumkan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Antarabangsa Teknologi Lestari Lanjutan (ASTECH) 2024 di Kuching.

Roland berkata, keputusan bagi melaksanakan penilaian terbabit juga jelasnya tidak akan dibawa dan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak memandangkan ia hanya melibatkan aspek pentadbiran dalam MEITD.

“Tidak, ia tidak akan dibawa ke persidangan DUN sama sekali. Ia hanya keputusan di peringkat menteri kabinet dan hanya melibatkan aspek pentadbiran sahaja,” katanya.

Menurut Roland, penilaian yang bakal dilakukan tahun hadapan adalah untuk menilai tahap perlaksanaan Program dwibahasa DLP Sarawak yang mula dilaksanakan oleh wilayah itu sejak tahun 2020 bagi pelajar-pelajar sekolah rendah.

Pada masa sama pengenalan semula ujian penilaian itu adalah untuk melihat pencapaian sebenar pelajar terlibat sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah khususnya pemilihan untuk memasuki sekolah berasrama penuh.

Beberapa siri perbincangan juga dilakukan dengan badan penilai antarabangsa bagi memastikan penilaian yang bakal dilaksanakan itu menepati kualiti serta tidak membebankan pelajar dan ibu bapa.

Penilaian serupa juga katanya akan turut dilaksanakan bagi pelajar yang berada di tingkatan tiga pada tahun 2028.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini