KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Tahun 2022 kali kedua ditangguhkan kepada 5 Disember depan.
JAKIM dalam satu kenyataan akhbar menyatakan bahawa ujian berkenaan sepatutnya diadakan pada 28 November, namun ditangguhkan kerana cuti peristiwa pada tarikh berkenaan.
“Penangguhan itu dibuat berdasarkan pengumuman cuti peristiwa pada 28 November oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
“Ujian ini membabitkan subjek UPKK 02/01 Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) yang berlangsung pada 2.15 hingga 3.45 petang,” kata, hari ini.
Jakim amat prihatin dengan keputusan yang telah ditetapkan serta menghargai komitmen semua pihak dalam melaksanakan UPKK Tahun 2022.-HARIAN METRO