Oleh: Selwam Arjunan
GEORGE TOWN: Orang awam di laluan yang sibuk pada waktu puncak di Jalan Macallister, di sini, digemparkan dengan kehadiran ular sawa sepanjang 14 kaki, pagi tadi.
Jurucakap APM Daerah Timur Laut berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8 pagi.
Anggotanya yang bergegas ke lokasi mendapati ular berkenaan berada berhampiran tiang lampu isyarat.
“Pada awalnya anggota menghadapi kesukaran kerana ular cuba lari ke dalam lubang.
“Pekerja kontrak berhampiran turut membantu anggota bagi memastikan ular tidak memasuki lubang.
“Akhirnya ia dapat dibawa keluar dengan selamat pada jam 8.40 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, pemeriksaan juga mendapati ia merupakan ular jenis ‘Reticulated Phyton Albino’ tempatan.