comscore
Tumpuan :
Nasional

UMNO sedia sokong siapa sahaja calon PRK KKB yang akan diumum 

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

HULU SELANGOR: UMNO akan memberikan sepenuhnya sokongan kepada calon Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang akan diumumkan oleh Pengerusi Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, itu adalah prinsip yang dipertahankan parti itu selain menghormati kerusi-kerusi yang telah dimenangi oleh parti-parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya fikir kita harus berada dalam keadaan harmoni politik kerana kita mahu sama ada di peringkat negeri atau pusat, perkara-perkara ini hendaklah kita selesaikan dan ia akan mempermudahkan Perdana Menteri selalu Pengerusi Kerajaan Perpaduan untuk mencari titik persamaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menyatakan, sebarang kenyataan yang dinyatakan oleh parti-parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan dapat diselesaikan dengan baik bagi menjernihkan segala kekeruhan yang wujud sebelum ini.

“Jika ada permasalahan dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan, saya berpendapat bahawa itu adalah pendirian parti masing-masing dan harap itu adalah sementara sahaja” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu.

Mengulas lanjut, Zahid turut memaklumkan, beliau telah bertemu dengan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung cadangan agar calon PRK dipilih dalam kalangan Barisan Nasional (BN).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini