comscore
Tumpuan :
Nasional

Undang Luak Rembau meninggal dunia

Al-Fatihah.

SEREMBAN: Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, 82, meninggal dunia di kediaman rasmi Undang Luak Rembau di Rembau, pada kira-kira 9.02 pagi ini.

Perkara itu disahkan Jurucakap Balai Rasmi Undang Luak Rembau menerusi satu kenyataan.

“Dukacita dimaklumkan Yang Teramat Mulia Datuk Lela Maharaja Datuk Haji Muhamad Sharip Haji Othman, Undang Luak Rembau telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi (9.02 pagi).”

“Jenazah sekarang berada di Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau, Rembau,” katanya.

Jenazah akan dimandikan pada jam 12.30 tengah hari dan akan disembahyangkan di surau kediaman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri selepas solat Asar.

Ziarah bagi VVIP (orang kenamaan) dibenarkan selepas Zohor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini