comscore
Tumpuan :
Nasional

Unit traksi keretapi KTM terbakar, tiada mangsa terlibat 


PETALING JAYA: Satu unit motor traksi membabitkan keretapi di stesen KTM Kajang 2, di Jalan Reko, Kajang terbakar pada Sabtu lalu.

Pegawai Bomba Kanan II Kajang, Mohd Hazrumi Halimi dalam kenyataannya berkata, kebakaran kecil itu dapat dipadam kakitangan KTM sebelum pihaknya tiba di lokasi kejadian.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Kajang dan Bangi digegaskan ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima berhubung kebakaran pada jam 9.13 malam.


Setibanya di lokasi itu, unit traksi yang terbakar telah dipadam menggunakan alat bantuan kebakaran.

Tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.

Punca kebakaran sedang dikenal pasti.

Loading...
Terkini