comscore
Tumpuan :
Nasional

Untung bersih Petronas susut kepada RM40.2 bilion

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Petronas merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM40.2 bilion ringgit bagi separuh pertama tahun ini, merosot 13 peratus berbanding RM46.4 bilion yang dicatat tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan syarikat minyak dan gas negara juga menurun sedikit kepada RM170.3 bilion berbanding RM170.4 bilion.

Dalam tempoh dikaji, Petronas membuat pelaburan modal berjumlah RM21.4 bilion bagi projek perniagaan huluan dan gas.

Dari angka itu, hampir separuh daripada perbelanjaan modal berkenaan dilabur dalam negara.

Jumlah aset Petronas juga bertambah kukuh kepada RM742 bilion pada 30 Jun 2023 daripada RM710.6 bilion pada 31 Disember 2022.

Bagi unjuran harga minyak, syarikat minyak dan gas negara itu menjangka harga minyak Brent akan berlegar antara AS$70 hingga AS$80 setong bagi tempoh 12 bulan ini.

Dalam pada itu, Lembaga Pengarah Petronas meluluskan dividen tambahan sebanyak RM5 bilion untuk dibayar kepada kerajaan tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi tahun ini sebanyak RM40 bilion.

Loading...
Terkini