comscore
Tumpuan :
Nasional

UPSI buka lapang sasar golf, pusat boling

 


TANJUNG MALIM: Warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan masyarakat boleh menggunakan Lapang Sasar Golf Banjaran di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City selepas Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff merasmikannya Rabu lalu.

Prof Datuk Md Amin dalam ucapan perasmiannya berkata lapang sasar yang siap sepenuhnya pada Disember 2023 itu bakal menjadi tumpuan peminat golf untuk memahirkan diri dalam sukan itu.

Dijenamakan sebagai ‘Driving Range Banjaran UPSI’, katanya, ia bakal menjanjikan satu tarikan yang mendamaikan jiwa dengan saujana mata memandang berikutan dilatari Banjaran Titiwangsa.

“Saya menjemput orang ramai memeriahkan lapang sasar golf 20 bay ini yang dibuka setiap hari tanpa cuti bermula jam 10 pagi hingga 11 malam, kecuali Selasa bermula pukul 2 petang untuk memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan,” katanya.

Sempena perasmian itu, beberapa pempengaruh Tiktok popular seperti Khalid Adnan atau lebih dikenali dengan nama GMK; Khairul Naim Abg Koba serta Andi Kecanduan Golf yang juga Presiden Golfer Marhain Malaysia berkampung beberapa hari bagi membantu mempromosi lapang sasar baharu itu.

Pada hari sama, Prof Md Amin menyaksikan UPSI Holding Sdn Bhd (UHSB) menandatangani perjanjian dengan Bumi Infra Khidmat Enterprise Sdn Bhd (BIKE) untuk mewujudkan sebuah Pusat Bowling UPSI di Kampus Sultan Azlan Shah.

Pusat Boling itu dijangka siap pada Jun 2024 dan akan beroperasi sepenuhnya pada penghujung Jun atau selewat-lewatnya pertengahan bulan Julai 2024.

“Dengan terbinanya Pusat Boling yang satu-satunya ada di Tanjung Malim ini, saya percaya Pusat Boling dengan kapasiti 24 lorong ini akan menjadi tumpuan warga UPSI khasnya dan warga Tanjung Malim amnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini