comscore
Tumpuan :
Nasional

UPSI semak program akademik besar-besaran

 

Prof Dr Abdul Rahim Razalli.- FOTO: Ihsan UPSI

TANJUNG MALIM: Tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI)  mengadakan Pelataan Semakan Kurikulum Program Akademik yang dibentangkan oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff pada 17 Mac 2022 berkaitan agenda keempat Agenda Pemerkasaan UPSI yang menyasarkan kepada Semakan Kurikulum secara total menyaksikan perubahan struktur program akademik dibuat secara besar-besaran.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr Abdul Rahim Razalli berkata antara perubahan yang dilakukan adalah penetapan bahasa asing sebagai elemen wajib Elektif Terbuka yang perlu dipenuhi oleh pelajar Sarjana Muda mulai Sesi Akademik 2023/2024 (A231).

Beliau berkata kini, antara bahasa yang ditawarkan sebagai Elektif Terbuka kepada semua pelajar UPSI adalah Bahasa Arab, Mandarin, Perancis, Jerman, Jepun, Iban, Kadazan-Dusun, Sepanyol dan Tamil.

Katanya, setiap bahasa asing ini ditawarkan dengan tiga tahap dan pelajar wajib mengikuti ketiga-tiga tahap tersebut sepanjang pengajian di universiti.

Antara guru bahasa di Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. – FOTO: Ihsan UPSI

“Dengan penguasaan bahasa baru yang memerlukan pemahaman yang mendalam tentang struktur bahasa dan tata bahasa, ini juga akan meningkatkan kemampuan pemikiran analitikal dan intelektual mahasiswa apabila mula meneroka bidang pekerjaan kelak,” katanya.

Usaha itu juga, katanya, selari dengan usaha tenaga pengajar di Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang berjaya  menghasilkan Sound and Vocabularies Kit (SOVO Kit) pada 20 Julai 2022.

Justeru, katanya, aplikasi itu dapat membantu pelajar dalam menguasai kosa kata dan sebutan dalam bahasa asing pada peringkat asas dan seterusnya akan dibangunkan secara berperingkat dalam bentuk frasa dan ayat.

Sementara itu Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Prof Madya Dr Mazura@Mastura Muhammad berkata sehingga kini FBK menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Bahasa Kadazan-Dusun dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa  Iban.

Loading...
Terkini