comscore
Tumpuan :
Nasional

Usah perbesar isu bak kut teh, kantin sekolah ketika Ramadan – Anwar

FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta isu pengiktirafan bak kut teh serta pembukaan kantin sekolah pada Ramadan tidak diperbesarkan.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, ruang yang ada digunakan untuk melaksanakan wacana dan perbincangan lebih segar serta sihat.

“Saya bincang masalah pelaburan (di luar negara), tapi balik Malaysia (isu) Bak Kut Teh, isu buka kantin sekolah bulan Ramadan.

“Itu hangat diperkatakan seolah-olah itu isu hidup mati maruah kita, saudara tahu inilah keadaan dia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Isu pengiktirafan bak kut teh sebagai makanan warisan negara menjadi polemik dan menerima kritikan ramai.

Bagaimanapun, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, menegaskan pengiktirafan itu tiada kena mengena dengan isu bangsa atau agama.

Beliau menjelaskan pengiktirafan makanan itu dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Justeru, beliau memohon semua pihak termasuk ahli Parlimen supaya menghormati kepelbagaian budaya dan agama di negara ini, demi menjaga perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini