comscore
Tumpuan :
Nasional

Usah terpedaya dengan tawaran pakej upah haji murah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dengan tawaran upah atau badal haji yang menawarkan kos serendah RM1,500 hingga RM3,500 seorang.

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dalam kenyataan memaklumkan, empat kategori pakej haji disediakan untuk penduduk tempatan tahun ini, dengan kos antara SAR3,984 (RM4,819.79) hingga SAR 11,841 (RM14,325.08) telah ditetapkan pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Dengan kos dikenakan kepada penduduk tempatan seperti dinyatakan, adalah mustahil khidmat badal haji boleh dilakukan di bawah kos terbabit.

“Rakyat Malaysia diminta tidak terpedaya dengan kos sedemikian yang ditawar oleh mereka,” katanya dalam kenyataan.

MATA berpendapat tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa kepada mereka yang menawarkan khidmat badal haji dengan harga tidak munasabah dan hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata dengan mengetepikan soal halal dan haram.

Persatuan itu turut mencadangkan kerajaan mengawal selia khidmat perniagaan badal haji mengikut perundangan dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dan bukannya boleh dilakukan sesuka hati tanpa pengawasan.

Loading...
Terkini