comscore
Tumpuan :
Nasional

Usaha galak generasi muda membudayakan bahasa Kadazandusun

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (kiri) ketika majlis pelancaran Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun.

PENAMPANG: Bagi memartabatkan bahasa Kadazandusun dalam kalangan generasi muda, Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Kadazandusun Language Foundation (KLF) telah mengadakan Karnival Bahasa Kadazandusun (BKD).

Program ini merupakan kesinambungan dalam menerbitkan Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun yang terbaik khusus kepada pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 bagi membantu generasi muda untuk terus membudayakan bahasa ibunda.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya teruja menyaksikan Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun bagi Tahun 4, 5 dan 6 dihasilkan kurang enam bulan dengan pembabitan YBR melalui kerjasama KLF.

“Program ini amat dekat di hati saya dan bahasa Kadazandusun adalah perjuangan peribadi saya dalam memartabatkan pendidikan negara.

“Terima kasih YBR kerana menyokong inisiatif ini dan saya berharap YBR bersetuju untuk menganjurkan karnival bahasa Kadazandusun pada tahun hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Ewon berkata, beliau amat menyokong usaha memartabatkan bahasa ibunda dalam kalangan generasi muda yang semakin hari semakin moden dan menjadi ikutan masa kini.

“Penganjuran Bengkel Penulisan Modul Buku Kerja Bahasa Kadazandusun ini satu langkah proaktif dan selari degan inisiatif global untuk memelihara bahasa ibunda sempena Dekad Antarabangsa Bahasa Orang Asal di bawah Unesco,” katanya.

Loading...
Terkini