comscore
Tumpuan :
Nasional

Usahawan Kosmetik, Rakan Direman 3 Hari

Tangkap layar menunjukkan dua pemilik akaun berkenaan ketika kejadian terbabit

KUALA LUMPUR: Seorang usahawan kosmetik dan rakannya direman selama tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika pemilik Instagram ‘safieyillias94’ mengadakan sesi perbualan dan sidang video secara langsung, disertai pengguna Instagram bernama ‘pipinatasha’ dan dua kanak-kanak bawah umur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1)Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kedua-dua suspek direman di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi bermula hari ini hingga 13 Jun.

Loading...
Terkini