comscore
Tumpuan :
Nasional

Ustaz Hassan tebus kekalahan di Baling dengan majoriti 29 kali ganda

FOTO: NSTP

BALING: Calon Perikatan Nasional (PN), Hassan Saad, memenangi pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi kawasan Parlimen Baling semalam, selepas menewaskan tiga pencabar yang lain.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Hassan, 65, turut menewaskan penyandang kerusi itu, yang juga calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, 56, dengan majoriti 29,137 undi.Dalam pengundian semalam, beliau memperoleh 64,493 undi, untuk menewaskan Abdul Azeez selaku menjadi saingan terdekat yang mendapat 35,356 undi.

Pada PRU14, beliau yang bertanding atas tiket PAS, tewas kepada Abdul Azeez dengan majoriti 1,074 undi. Dua calon lain iaitu Johari Abdullah, 56 (PH) 8,636 undi dan Lt Kol (B) Basir Ab.Rahman, 71, (PEJUANG) 579 undi.Pengumuman keputusan pengundian itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihanraya, Mohd Shahadan Abdullah di Dewan Tun Abdul Razak di sini, jam 1.30 pagi ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini