comscore
Tumpuan :
Nasional

Vaksin AstraZeneca Sudah Boleh Mula Ditempah

Bagi individu yang ingin mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela, tempahan akan mula dibuka pada esok bermula jam 12 tengah hari esok.

Tempahan boleh dibuat menerusi laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di pautan www.vaksincovid.gov.my.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata mereka yang ingin membuat tempahan mestilah sudah berdaftar sebagai penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), mereka yang mahu mendapatkan vaksin AstraZeneca perlulah berusia 18 tahun ke atas, dan hanya ditawarkan kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

JKJAV memutuskan vaksin itu hanya ditawarkan kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa ini selepas membuat pertimbangan mengenai bilangan kes di negeri berkenaan yang masih lagi tinggi.

Setakat ini, Malaysia sudah menerima 268,800 dos vaksin AstraZeneca pada 23 April lalu.

Loading...
Terkini