comscore
Tumpuan :
Nasional

Van kilang terbabas, pemandu maut 

Oleh: Kumaran Rajamoney

BALING: Seorang lelaki maut akibat kecederaan parah selepas van kilang yang dipandu terbabas, di Jalan Kampung Kuala Bakon dekat Kuala Ketil di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa, Meh Md Zeen, 64 yang berasal dari Kampung Merbau Pulas dipercayai sedang bergerak dari arah Baling dan dalam perjalanan untuk mengambil pekerja di Padang Serai.

Apabila sampai di tempat kejadian sekitar jam 5 pagi, mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas lalu jatuh ke gaung di sebelah kanan.

“Mangsa telah tersepit di dalam kenderaannya yang mengakibatkan kecederaan parah dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.”

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim bagi dijalankan bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini