ALOR SETAR: Sebuah vesel nelayan tempatan dipercayai karam pada kedudukan 31 batu nautika muara Kuala Kedah, tengah hari tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata kejadian berlaku jam 12 tengah hari, dengan bot Penggalang 35 diatur gerak ke lokasi sebaik menerima laporan.
“Disebabkan keadaan laut agak teruk dan cuaca semakin gelap, operasi pencarian ditangguhkan jam 8 malam tadi.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan disambung semula pagi esok,” katanya.
Satu kenyataan media rasmi akan dikeluarkan esok pagi berhubung kejadian itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.