comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 86 hektar hutan di Kuala Penyu terbakar

Kawasan hutan seluas 86 hektar di kawasan Kampung Purun Ulu, Kuala Penyu, yang terbakar hari ini.

BEAUFORT: 86 hektar hutan di kawasan Kampung Purun Ulu, Kuala Penyu, di sini terbakar, hari ini.

Usaha pemadaman terus dipergiatkan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu.

Ketua BBP Kuala Penyu, Nelson Ponji berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.16 petang tadi.

Sepasukan pegawai dan anggota bersama dua jentera digerakkan ke tempat kejadian sejauh 20 kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mengesahkan berlaku kebakaran membabitkan keluasan 86 hektar hutan,” katanya.

Operasi pemadaman turut dibantu Unit Drone bagi membuat tinjauan di kawasan sekitar kebakaran,” jelasnya.

Menurutnya lagi, maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini