comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bangunan lama KWSP Jalan Gasing terbakar

PETALING JAYA: Bangunan lama KWSP di Jalan Gasing di sini terbakar lagi.

Ini kali kedua ia terbakar selepas kejadian pertama pada Februari 2018.

Kebakaran berlaku jam 10.45 pagi tadi, melibatkan  tingkat 4 dan tingkat 5.

Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dalam kenyataannya berkata api dapat dikawal  kira-kira jam 11.08 pagi.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Untuk rekod, KWSP Jalan Gasing ditutup selepas kejadian kebakaran pada Februari 2018.

Pejabat bersejarah enam tingkat ini yang dibina pada  1960 pernah berfungsi sebagai ibu pejabat KWSP selama 35 tahun sebelum berpindah ke ibu pejabat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Loading...
Terkini