comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ben Nathan buat kemunculan semula dengan lagu baharu

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Setelah lebih 20 tahun hidup sebagai gelandangan, penyanyi popular era 80-an, Ben Nathan bangkit membuat kemunculan semula.

Ben, 62 tahun tampil dengan lagu baharu berjudul Kebahagiaanmu, menjadi naskhah istimewa untuk peminatnya.

Stanza Sepi Sekeping Hati, Di Saat Engkau Disampingku dan Tak Mungkin Ku Lepas Pergi.

Itu antara lagu-lagu popular dendangan Ben Nathan yang menjadi siulan peminat pada era 80-an.

Namun, kira-kira 20 tahun yang lalu kehidupan Ben berubah apabila dirinya dilihat tidak terurus selepas tular di media sosial video yang memaparkan dirinya sebagai gelandangan.

Prihatin dengan nasib menimpanya, aktivis kebajikan artis tanah air Datuk DJ Dave tampil menghulurkan bantuan pada 2017.

Kini selepas beberapa tahun menjalani rawatan, Ben kembali bersemangat untuk menghiburkan peminat.

“Enam bulan saya berlatih menyanyi bersama pemain piano, saya juga berlatih bersama Datuk DJ Dave di pejabatnya selama enam bulan sebelum masuk ke studio rakaman lagu” katanya kepada Buletin TV3.

Adiknya, Bob Nathan menjelasnya keluarganya tidak pernah meminggirkan Ben yang juga anak ketujuh daripada 11 beradik.

Sebaliknya mendedahkan mereka sentiasa memujuk Ben untuk pulang ke rumah.

Semalam, sidang media diadakan di ibu negara bagi memperkenalkan ‘single’ Kebahagiaanmu.

Datuk DJ Dave yang juga Penerbit Eksekutif berkata lagu yang dihasilkan dalam tempoh kira-kira dua bulan itu adalah permintaan Ben sendiri.

Dalam pada itu, DJ Dave yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air mengakui sekiranya ada dana, pastinya mereka akan membantu lebih ramai penggiat seni yang kesusahan.

“Saya cakap terus terang memang kami benar-benar mahu dana, kita dah lima tahun tidak dapat dana tetapi kami masih mengawal dana itu dengan baik dan masih boleh bantu, tetapi dana kita memang dah kekurangan.

“Jadi kita minta kerajaan untuk bantu.” kata Datuk DJ Dave.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini