comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Berpantang maut sebelum ajal, detik cemas hanyut bersama kereta

 

Oleh: Zahir Senapiah

KOTA TINGGI: Polis sedang menyiasat kes sebuah kereta Myvi yang terbabas sebelum dihanyutkan arus deras, di Kilometer 42.5 jalan Johor Bahru – Mersing berdekatan bandar ini, pagi tadi.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superitanden Hussin Zamora berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa.

Katanya, siasatan awal mendapati, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penumpang hanya cedera ringan.

FOTO: Tangkap layar dari video tular di Facebook

Kedua-dua mangsa adalah warga tempatan yang berumur 37 tahun dan 43 tahun dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.

“Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan kes kemalangan yang berlaku di Kilometer 42.5 Jalan Johor Bahru – Mersing membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas masuk ke dalam longkang sebelah kanan arah menghala ke kota tinggi” katanya dalam satu kenyataan..

Sebelum itu tular satu video di Facebook Orang Kota Tinggi yang bertajuk “katanya di jalan bukit samsu mangsa diselamatkan oleh orang awam. semoga semuanya selamat”.

Kedua-dua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam apabila kenderaan yang dipandu telah dihanyutkan oleh arus air yang deras.

Kes disiasat dibawah kaedah-kaedah lalu lintas jalan 1959, rule 10 ln 166/59.

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan.

Loading...
Terkini