comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua kapal dagang berlanggar di perairan timur laut Tanjung Balau

FOTO: Ihsan Maritim Johor

JOHOR BAHRU: Dua buah kapal dagang dilaporkan berlanggar pada kedudukan 25 batu nautika timur laut, Tanjung Balau, Kota Tinggi, pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.55 pagi.

Susulan itu Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (carilamat).

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya, Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, kemalangan membabitkan kapal MT HAFNIANILE dengan MT CERES 1.

“Maritim Malaysia telah menubuhkan Pangkalan Hadapan carilamat (PHC) di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasikan pencarian” katanya dalam satu kenyataan ringkas, sebentar tadi.

FOTO: Ihsan Maritim Johor

Maritime Rescue Sub Center (MRSC) juga jelasnya telah mengaturgerak Kapal Maritim (KM) Niah, Bot PERKASA 29 bot PETIR 12 dari MaritimbMalaysia, KD GEMPITA dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 ke lokasi kejadian bagi tujuan carilamat.

Katanya, aset Maritim Malaysia, bot PERKASA 29 telah tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 9.50 pagi tadi.

FOTO: Ihsan Maritim Johor

“Kita juga telah memaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai kemalangan itu sebagai langkah awal berdepan berlaku tumpahan minyak.

Sementara itu pegawai dan anggota yang bertugas di Abu Bakar MaritimeBase (ABMB) juga diarahkan untuk melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan berhampiran” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini