comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dugong ditemui mati di pantai Tanjung Leman

Oleh: Zahir Senapiah

MERSING: Seekor dugong dewasa bersaiz hampir satu meter panjang ditemui mati terdampar di kawasan berhampiran pantai Tanjung Leman, Kota Tinggi.

Dugong berkenaan dipercayai mati beberapa hari yang lalu sebelum ditemui masyarakat setempat dan dilaporkan kepada Jabatan Perikanan.

Jurucakap Jabatan Perikanan Johor berkata sebaik menerima aduan, sepasukan anggota Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Mersing dihantar ke lokasi.

Mereka mengambil sampel bangkai dugong untuk kajian bagi mengenal pasti punca kematian.

Berdasarkan rekod, antara tahun 2015 hingga 2022, sebanyak 10 ekor dugong termasuk anak dugong ditemui mati.

Jabatan Perikanan Johor dalam proses mewartakan kawasan Kepulauan Mersing sebagai kawasan Santuari Dugong untuk melindungi populasi dugong daripada terus pupus.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini