comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

[VIDEO] Geng Ori X Jom Ronda serah sumbangan, santuni warga emas menjelang Aidilfitri

 

 

SUNGAI BULOH: Mengimarahkan lagi minggu terakhir Ramadan, Media Prima Berhad (MPB) menerusi skuad Geng Ori X Jom Ronda 2024 berkesempatan turun padang mengunjungi pusat jagaan warga emas yang juga lokasi kedua terakhir di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena ‘Kempen RaRa Macam Dulu-Dulu’.

Selain menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas, program tersebut bertujuan untuk mengimbau kembali nostalgia berpuasa di bulan Ramadan dan membuat persiapan bagi meraikan ketibaan 1 Syawal di beberapa pusat jagaan terpilih di seluruh negara.

Foto hiasan

 

Bertempat di Pusat Jagaan Husna Arrashid (Wisma Veteran), di sini, skuad Geng Ori X Jom Ronda yang turut disertai personaliti yang juga penyampai berita TV3 iaitu Ezreena Amir Hamzah dan Shafiq Adnan memulakan aktiviti gotong royong dengan mengecat, mencuci lantai serta menghias sekitar pusat jagaan berkenaan dengan dekorasi raya.

 

Foto hiasan
Foto hiasan

 

Menurut Pengurus Projek Geng Ori X Jom Ronda 2024, Sabaruddin Mat Yusof, skuad Geng Ori juga cuba menyuntik elemen keceriaan buat penghuni warga emas di pusat jagaan tersebut dengan mengadakan beberapa aktiviti permainan tradisional seperti congkak, dam aji, catur, karom, baling selipar, boling buah kelapa dan sebagainya.

 

Foto: Pengurus Projek Geng Ori X Jom Ronda 2024, Sabaruddin Mat Yusof

 

“Untuk lokasi ketujuh ini juga agak berbeza kerana kali ini kita ada masak masakan istimewa untuk menyambut raya seperti ayam masak rendang, nasi impit dan kuah kacang”, tambahnya lagi.

 

Foto hiasan
Foto hiasan

 

Bagi mengimbau kenangan lama, skuad Ori turut sama berpeluang merewang dengan memasak hidangan berbuka puasa buat para penghuni pusat jagaan berkenaan, sebelum membawa mereka ke Bazar Ramadan berhampiran untuk membeli juadah yang digemari.

 

Foto: Norlin Adam, Penyelia Pusat Jagaan Husna Arrashid (Wisma Veteran)

 

Puan Norlin Adam selaku penyelia Pusat Jagaan Husna Arrashid (Wisma Veteran) berkata, pusat jagaan warga emas di Kampung Paya Jaras tersebut hanya menempatkan penghuni lelaki sahaja iaitu seramai 21 orang.

Kehadiran skuad Geng Ori kali ini ternyata membawa sinar keceriaan buat penghuni.

 

Foto hiasan

 

“Kami amat gembira dan saya mewakili kepada ‘atuk-atuk’ saya dekat sini, kami amat menghargai kedatangan wakil daripada Media Prima”, tambahnya lagi.

‘Kempen RaRa Macam Dulu-Dulu’ berkunjung dan menyebarkan kegembiraan di lapan pusat jagaan warga emas sejak 14 Mac lalu hingga 6 April ini.

 

Foto hiasan

 

Sebelum ini, skuad Geng Ori X Jom Ronda 2024 juga berpeluang mengunjungi pusat-pusat jagaan lain di seluruh negara termasuk Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka.

Lokasi terakhir yang akan dikunjungi bertempat di Pusat Jagaan Sri Mesra atau Mesra Home di Ampang, Selangor.

 

Foto hiasan

Barisan personaliti TV3 yang turut serta dalam kempen kali ini termasuklah Mior Abdul Malek, Fariha Onn, Hanif Miswan, Fatin Hamimah, Amirul Hakim Ahmad Lokman, Farah Nabilah Wazer dan Da’i Luqman.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini