comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

[VIDEO] Gubahan versi orkestra runut bunyi permainan digital, tawan hati penonton


Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Bagi peminat permainan video digital – pastinya pelbagai aspek permainan itu sendiri diberi perhatian.

Bukan sekadar genre, grafik, tetapi pastinya lagu dan muzik di dalam permainan itu sendiri menjadi faktor individu memilih sesuatu permainan itu.

Sempena program Festival Kandungan Digital (MYCDF) 2024, muzik dalam permainan video digital tempatan, digubah dan dipersembahkan, dalam bentuk orkestra.

Kelainan yang ditampilkan hasil kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu, mendapat pujian daripada penonton termasuk peminat dan pembangun permainan berkenaan.

Acara yang menarik lebih 500 penonton ini di Auditorium DBKL berlangsung malam semalam.

Turut hadir – Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Shariff dan Pengerusi MDEC Syed Ibrahim Syed Noh.

Menurut Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh, acara itu pastinya menjadi pengalaman yang menarik bukan hanya kepada peminat, tetapi juga pembangun serta mereka yang berada di dalam industri permainan digital.

“Pada malam ini, kita bawa sesuatu yang berbeza, yang unik, yang menarik dalam pandangan saya, di mana kita bukan sahaja tengok game itu sendiri, tapi kita bawa keluar muzik itu.

“Kita bukan bawa seperti biasa, tapi kita bawak dalam bentuk orkestra. Dan pastinya kepada pembangun permainan ini, mereka akan teruja kerana selepas ini bukan sahaja mereka akan beri tumpuan lebih kepada aspek kreatif seperti mencipta watak, tetapi juga dalam bentuk lagu dan irama.

Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh.

Menurut, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Naquib Hamdan pula, kerjasama antara kedua pihak itu amat baik dalam memastikan industri digital dapat disemarakkan.

“Kita memang lihat inovasi seperti ini, kerana ia selari dengan hasrat Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru, untuk mengadakan City For All berasakan liveable, competitive dan resilience sekaligus boleh memartabatkan Kuala Lumpur selaku pusat pelancongan dunia.”

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Naquib Hamdan.

Lagu-lagu yang dialunkan dalam bentuk orkestra pada acara semalam merupakan dari permainan buatan tempatan.

Antaranya Gigabash, Postknight 1 & 2, King’s League 2, Rhythm Doctor, Level Up Kl Dan Mobile Legend Bang Bang.

Ia dimainkan seramai kira-kira 50 ahli dari Kuala Lumpur Orkestra dari DBKL.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini