comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Harimau Kumbang di Kampung Panglang, penduduk diminta jangan ambil tindakan sendiri

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tengah Ulu , Dahlan Alias menunjukkan kambing yang mati dibaham harimau kumbang. FOTO: NSTP

KUALA PILAH: Video seekor harimau kumbang melintas jalan dipercayai di Kampung Panglang, Seri Menanti dekat sini, tular di media sosial.

Video berdurasi 50 saat itu dipercayai dirakam dari kamera papan pemuka sebuah kereta pada 22 Februari lalu dan tular sejak semalam.

Harimau berkenaan dipercayai melintas jalan di hujung kampung berdekatan kebun getah penduduk, bagaimanapun pemilik rakaman berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada penduduk tempatan ataupun orang luar

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tengah Ulu, Dahlan Alias berkata sebelum rakaman itu tular, lima ekor kambing milik penduduk disyaki dibaham harimau pada 16 Februari lalu.

Katanya satu laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai harimau berkenaan sudah pun dibuat.

“Kemunculan harimau itu bukan perkara baharu berikutan binatang buas itu pernah ditangkap beberapa tahun lalu di kampung ini.

“Kita berharap penduduk kampung sentiasa berhati-hati selain tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya terus melaporkan kepada JPKK atau Perhilitan supaya ada tindakan segera dapat dilakukan,” katanya hari ini.

Menurut Dahlan kebiasaannya, harimau kumbang berkenaan muncul di kawasan hujung kampung yang berhampiran dengan kebun, kawasan semak atau hutan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini