comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Hero Longkang’ tawar khidmat cuci percuma

PETALING JAYA: Sanggup berlecak dan mengotorkan diri demi memastikan masyarakat menikmati kehidupan selesa.

Itu pengorbanan sekumpulan anak muda yang berjiwa murni mengerah keringat membersihkan longkang dan parit secara percuma di Johor Bahru, Johor.

Dikenali sebagai Skuad Johor Bersih(SJB), kumpulan dianggotai lapan sahabat ini mula ditubuhkan Mei lalu.

Fokus utama mereka membersihkan longkang dan parit tersumbat bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di beberapa kawasan di Johor Bahru.

Meskipun mempunyai tugasan hakiki di Singapura, ia tidak dijadikan alasan untuk tidak kembali berbakti kepada tanah air.

Tanggungjawab sosial itu turut diperluas dengan mengambil aduan penduduk sekitar berhubung isu yang menimpa kawasan kediaman mereka.

Ia termasuk membersihkan kawasan perkuburan selain mengetengahkan pelbagai isu lain.

Enggan mengalah kepada penat lelah, kumpulan anak muda ini tidak mengharapkan sebarang ganjaran sebaliknya hanya menagih saham akhirat.

Malah bagi mereka, kerja-kerja pembersihan yang dilakukan ini memberi kepuasan tersendiri.

 

Sebelum ini, video mereka melakukan kerja pembersihan longkang berhampiran susur keluar ke Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur(EDL) tular di laman tiktok sehingga meraih lebih dua juta tontonan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini