Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Himpunan Pembebasan Palestin: Pelbagai lapisan rakyat nyata sokongan 

Oleh: Izzatie Rizan

KUALA LUMPUR: Bukan hanya golongan dewasa malah kanak-kanak dan pengunjung bukan Muslim termasuk pelancong asing turut hadir bagi menzahirkan pendirian mereka.

Selain membawa sepanduk, rata-rata yang datang turut memakai mafla dan melukis serta mengenakan pelekat bendera Palestin pada wajah masing-masing.

Salah seorang peserta, Chai Song Yuan berkata, dia menyertai perhimpuanan ini buat pertama kali dalam hidupnya.

“Saya sedih melihat rakyat Palestin tiada rumah, tiada mak, anak pun meninggal,” katanya.

Kakitangan swasta, Muhamad Zaquan Mohamad Hussin, 40 berkata, dia bersama 8 lagi rakannya berkonvoi motosikal dari Sepang.

“Saya hadir untuk menyatakan kita menyokong Palestin bukan sekadar bukan sekadar agama Islam disebabkan rakyat disana agama Islam tapi dasar kemanusiaan sebab mereka itu ditindas, dijajah di tanah mereka sendiri,” katanya.

Sementara itu, Nur  Muzdalifatul Afifah berkata dia dan ibu bapanya datang dari Kajang seawal 3 petang bagi menyatakan sokongan kepada Palestin.

“Solidariti ini perlu dan wajib buat untuk rakyat Palestin untuk menyatakan sokongan walaupun dari jauh walaupun kita tak mampu nak pergi sana sekurang-kurangnya mereka tahu kita menyokong mereka,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini