Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jari kanak-kanak tersekat pada tombol pintu

FOTO: JBPM

TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira sejam selepas jarinya tersekat pada tombol pintu rumahnya di Jalan Bukit Kawa Apas, Balung, di sini, hari ini.

Susulan insiden kira-kira jam 7 malam berkenaan, keluarga kanak-kanak berumur 11 tahun itu menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.05 malam sebelum enam anggota bersama jentera tiba di lokasi kira-kira sejam kemudian.

“Sebaik saja tiba, didapati jari manis sebelah kanan kanak-kanak perempuan itu tersekat dalam tombol pintu.

“Anggota bomba kemudian bertindak menenangkan mangsa dan menggunakan peralatan pemotong khas untuk membuka tombol pintu itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa 12 minit untuk memotong tombol itu dan operasi ditamatkan pada jam 8.07 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini