comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Karam Singh Walia terima kunjungan Pengurusan Media Prima

 

Oleh: Nini Shahira Anuar

KLANG: Intonasi dan gaya penyampaian beliau ketika menghasilkan laporan berita suatu ketika dulu pastinya masih terpahat dalam ingatan penonton.

Nama Datuk Karam Singh Walia cukup sinonim dengan Buletin Utama terutama menerusi laporan beliau berkaitan isu alam sekitar.

Namun kini beliau dilapor mengalami keuzuran akibat penyakit hati dan buah pinggang sejak hampir dua tahun lalu.

Semalam, Pengerusi Media Prima, Datuk Seri Dr. Syed Hussian Al-Junid bersama-sama Timbalan Pengarang Kumpulan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima, Azhari Muhidin meluangkan masa lebih sejam bertemu wartawan ‘otai’ tersebut.

Turut serta bekas wartawan Aduan Rakyat, Puspavathy Ramaloo.

Ketibaan Datuk Seri Doktor Syed Hussian bersama pengurusan dan kakitangan Media Prima di kediamannya di Klang, Selangor disambut Datuk Karam dan keluarga.

Datuk Karam yang kini berusia 65 tahun mengidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun semangat kewartawanan beliau masih menebal menerusi tutur katanya.

Ketika kunjungan ini, Datuk Seri Dr Syed Hussian turut menyampaikan sumbangan daripada Media Prima bagi membantu meringankan beban beliau.

“Terima kasih Media Prima atas sumbangan yang diberikan pada saya hari ini,menghargai apa yang saya telah lakukan selama 20 tahun di Media Prima” katanya ketika ditemu bual.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini