comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kemeriahan sambutan Rumah Terbuka TPM

 

KUCHING: Rumah terbuka sudah menjadi tradisi dan pastinya menjadi tumpuan bukan sahaja masyarakat Islam yang merayakan ketibaan Syawal tetapi juga masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengadakan rumah terbuka di Kuching bermula jam 9 pagi tadi.

Lebih 10,000 masyarakat pelbagai kaum di sekitar Petrajaya dan Kuching hadir memeriahkan majlis hari raya itu.

Antara kenamaan yang turut menghadiri rumah terbuka terbabit, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, serta Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Datuk Seri Fadillah ketika ditemui Buletin TV3 memberitahu sambutan Hari Raya dan Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan kali ini sedikit berbeza daripada tahun sebelumnya dengan ia tidak tertumpu di ibu negara sahaja.

Fokus terbabit selari dengan konsep Malaysia Madani iaitu aaling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Loading...
Terkini