comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kilang cat di Taman Perindustrian Dato Yunus Sulaiman, Johor Bahru, terbakar

Foto tular

JOHOR BAHRU: Sebuah kilang cat di Taman Perindustrian Dato Yunus Sulaiman di sini, terbakar lewat petang tadi.

Difahamkan ketika ini operasi pemadaman giat dijalankan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Menerusi video tular di media sosial, asap tebal akibat kebakaran itu dapat dilihat dari jarak 500 meter.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, JBPM Johor, panggilan berhubung kejadian diterima jam 6.37 petang.

Penduduk di sekitar kawasan berkenaan turut dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sehingga laporan ini disiarkan, maklumat lanjut berhubung kejadian masih belum diperolehi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini