comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “Klang Bandar Diraja, bukan Bandar Colombia” – KPN

 

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KLANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan daerah Klang adalah bandar Diraja bukan seperti dakwaan pelbagai pihak yang menganggap daerah itu sebagai bandar Colombia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia susulan dakwaan beberapa portal yang menyebut daerah Klang sebuah bandar yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi.

“Yang mustahak kita ingin menghilangkan persepsi dan anggapan orang terhadap klang ini bandar Colombia, saya tengok saya datang tadi tiada (masalah) bersih, kita tengok di sini aman pun tiada isu.

“Kita nak menentukan portal yang cakap bandar ini bandar Colombia, kita takkan benarkan,” katanya pada sesi Walkabout di Pasar Pagi Pandamaran, di sini hari ini.

Beliau berkata, Klang bukan hanya sebuah sahaja daerah yang menjadi kawasan tumpuan, namun terdapat juga daerah lain yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengadakan sesi Walkabout di Pasar Pagi Pandamaran, di Klang, pagi tadi.

“Ada lagi kes lain di tempat lain, kalau kita bandingkan Klang ini dengan tempat lain, kalau kita bandingkan jenayah dia, Gombak lagi tinggi, Petaling Jaya lagi tinggi,” katanya.

Jelasnya, bermula 15 Januari hingga 1 Februari, langkah pencegahan giat dijalankan di daerah berkenaan meliputi tangkapan dan operasi daripada agensi termasuk agensi anti dadah ATIPSOM.

Beliau berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain telah berbincang langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan di tempat lain khusus bagi menurunkan kadar jenayah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini