comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki maut akibat letupan bunga api sambutan tahun baru

 

PORT DICKSON: Seorang lelaki berusia lingkungan 40 an maut dalam satu kejadian letupan beberapa das bunga api di tempat letak kenderaan sebuah hotel di Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritenden Aidi Sham Mohamed dalam satu kenyataan media berkata kejadian berlaku kira kira 12.30 tengahari semalam, mangsa adalah seorang lelaki tempatan yang ditugaskan untuk memasang bunga api bagi pertunjukkan sempena ambang tahun baru 2024.

“Semasa kejadian hanya terdapat pekerja yang ditugaskan untuk memasang bunga api bagi pertunjukkan sempena malam Ambang Tahun Baru 2024.”

Tambahnya seorang lagi mangsa berusia 39 tahun turun terkena serpihan dari letupan tersebut dan telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

Tangkap layar video tular kejadian letupan bunga api di tempat letak kenderaan sebuah hotel di Port Dickson yang mengorbankan seorang lelaki, semalam.

Pihaknya menyeru orang awam supaya tidak menviralkan isu ini yang boleh mengganggu siasatan pihak polis bagi mengetahui punca kejadian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini