comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat kru kapal Malaysia terjatuh ke perairan Bangladesh ditemukan penyelamat

Tangkap layar daripada video dihantaran dalam aplikasi X oleh pengguna @DanialDDD memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian.

KUALA LUMPUR: Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang ‘pilot ladder’ di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lalu, ditemukan pasukan penyelamat, semalam.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), Ikmal Azam Thanaraj Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mangsa berusia 31 tahun itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, segala butiran lanjut mengenai insiden itu akan dikongsikan selepas pihaknya bertemu dengan keluarga mangsa, hari ini.

“Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat. Saya akan bertemu dengan keluarga mangsa pada pagi ini kemudian baru saya maklumkan butiran kejadian,” katanya.

Video dihantaran dalam aplikasi X oleh pengguna @DanialDDD memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian.


Sebelum ini, menerusi hantaran dalam aplikasi X oleh pengguna @DanialDDD memaklumkan mangsa yang juga rakan sekerjanya dipercayai terjatuh daripada kapal ketika berada di perairan Bangladesh pada Rabu lalu dan memohon orang ramai mendoakan urusan mencari dan menyelamat mangsa dipermudah.

Pengguna berkenaan turut berkongsi video memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini