comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Nanti ada masa, Tok Anwar akan mai lagi ke Kedah jumpa Uya, insya-Allah’ – PM

FOTO: Tangkap layar video dari Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Uya yang bersama keluarganya diuji musibah banjir di Kedah, baru-baru ini, melalui panggilan video, semalam.

Dalam rakaman video berdurasi 90 saat yang dikongsikan melalui Facebook rasmi, malam tadi, Perdana Menteri dilihat sempat beramah mesra dengan kanak-kanak itu.

“Mendoakan Adik Uya dan keluarganya diberi kekuatan oleh Allah SWT saat ditimpa musibah. Nanti jika ada masa, Tok Anwar akan mai lagi (datang) ke Kedah dan jumpa Uya, insya-Allah,” katanya dalam hantaran itu.

Sebelum mengakhiri perbualan, Uya sempat mengucapkan terima kasih atas panggilan yang dibuat Anwar dan menunjukkan isyarat mini love.

Sebelum ini, kanak-kanak itu dan keluarganya ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Taman Aman, Alor Setar.

Terdahulu, video yang dikongsikan dalam akaun TikTok @husnanawwarloksin memaparkan kanak-kanak itu meminta agar Perdana Menteri melawatnya di PPS berkenaan.

Pada 21 September lepas, Anwar turun padang meninjau tiga PPS yang menempatkan mangsa banjir di Alor Setar.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM13 juta sebagai bantuan pascabanjir di Kedah membabitkan sumbangan, pembersihan serta baik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini