comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pelajar 13 tahun kongsi video pecah tabung simpanan 7 tahun

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA TERENGGANU: Benarlah peribahasa, sikit sikit lama-lama jadi bukit, yang penting perlu bersabar.

Seperti dikongsikan Ahmad Ameer Nidal Azli, 13 tahun dari Chendering, Terengganu yang teruja memecahkan tabung syiling hasil simpanan tujuh tahun.

Perkara itu dikongsikannya di media sosial ketika dia memecahkan tabung yang diperbuat daripada boya yang dibeli ibunya Tuan Noraizan Tuan Long, ketika usianya enam tahun.

Ibunya, berkata selepas selepas tujuh tahun akhirnya anak kelimanya itu mengambil keputusan untuk menebuk tabung kesayangannya itu dengan gunting

“Memandangkan tabungnya sudah sarat dipenuhi duit syiling kami memang tak mampu nak menghitungnya dan kami berhajat menghantar duit itu kepada bank,” katanya.

Dalam video itu, ibunya turut berseloroh untuk menggunakan wang simpanan yang ada untuk membeli pakaian raya.

Loading...
Terkini