comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pencawang TNB Malim Jaya terbakar, tiada gangguan bekalan elektrik

Tangkap layar video tular kebakaran di PMU Malim Jaya.

MELAKA: Tular di media sosial video kejadian pencawang masuk utama (PMU) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Malim Jaya, dekat sini, terbakar petang tadi.

Rakaman berdurasi tiga saat itu menunjukkan api menjulang tinggi di PMU berkenaan dipercayai dirakam pengguna jalan raya yang melalui jalan berhampiran tempat kejadian.

Sementara itu, menerusi catatan ringkas di Facebook rasmi TNB Careline, mengesahkan kebakaran di PMU Malim Jaya bermula sekitar 5.16 petang tadi.

“Untuk makluman, kebakaran sudah padam pada 5.40 petang dan siasatan akan dijalankan setelah semua keadaan disahkan selamat.”

Menurut kenyataan itu, tiada kawasan yang terputus bekalan elektrik akibat kebakaran ini dan TNB sentiasa mengambil langkah-langkah bagi memastikan bekalan elektrik terjamin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini