comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pengarah syarikat direman SPRM, beri rasuah projek usahawan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat kerana disyaki memberi rasuah berjumlah sekitar RM4,000 bagi mendapatkan projek-projek di bawah program usahawan.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 20 Januari ini terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Puan Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki bersama dua lagi individu telah ditahan ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Ibu Pejabat SPRM antara jam 8.35 hingga jam 10.30 malam tadi.

“Semalam, SPRM telah menahan suspek bersama dua lagi individu yang berusia sekitar 30 hingga 40-an yang berkhidmat di sebuah badan berkanun.

“Suspek dipercayai telah memberi sejumlah wang dianggarkan RM4,000 kepada dua individu berkenaan bagi mendapatkan beberapa projek di bawah program usahawan sekitar tahun 2020 hingga 2023,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan, Galan Ngadit ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap suspek dan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009. Manakala dua orang suspek lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah kenyataan mereka direkodkan

Loading...
Terkini