comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pengubahan wang haram, Ahli Parlimen dan Timbalan Ketua Bahagian didakwa esok

PETALING JAYA: Bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan akan berdepan dengan lebih 15 pertuduhan wang pengubahan haram berjumlah kira-kira RM6 juta.

Sumber mengesahkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini untuk diambil keterangan.

 

Wan Saiful mendakwa diarah hadir di Mahkamah Kuala Lumpur esok untuk menghadapi pertuduhan.

Selain beliau, seorang lagi Timbalan Ketua Bahagian Bersatu juga akan dituduh atas kesalahan di bawah seksyen sama melibatkan wang 500 ribu ringgit .

Timbalan Ketua Bahagian berkenaan juga akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam lusa bagi menghadapi beberapa pertuduhan pengubahan wang haram dengan nilai lebih RM3 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Loading...
Terkini