comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penunggang motosikal OKU melambung dirempuh kereta 

Tangkap layar video menunjukkan sebuah kereta sedang memotong merempuh OKU bermotosikal di Batu 21, Jalan Muar-Parit Sulong, Batu Pahat, semalam. – Foto tular

BATU PAHAT: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang memotong di Batu 21, Jalan Muar-Parit Sulong, di sini, semalam.

Mangsa dilaporkan melambung tiga meter akibat rempuhan sebelum jatuh ke dalam parit.

Kejadian dipercayai jam 7 pagi menyebabkan mangsa, Mohd Riduan Abdullah, 58, yang juga orang kurang upaya (OKU) maut di lokasi akibat parah di kepala dan badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios dari arah Muar menghala ke Parit Sulong cuba memotong.

Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu lelaki berusia 24 tahun memotong kenderaan lain di hadapannya namun gagal lalu bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.

“Kebetulan mangsa menunggang motosikal datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu bertembung dengan kenderaan terbabit.

Selepas pertembungan itu, mangsa tercampak manakala motosikal dan kereta terbabas ke parit berdekatan.

“Mangsa cedera parah di dada dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa beralamat di Merlimau, Melaka kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.

“Pemandu kereta Toyota Vios beralamat di Muar hanya cedera ringan di kepala dan kaki. Ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah.

“Orang ramai mempunyai maklumat diminta berhubung dengan balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini