comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM ucap Selamat Tahun Baharu Cina

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mahu rakyat Malaysia teruskan tekad untuk menjadi masyarakat yang unggul dan Madani.

Dalam ucapan ringkas sempena Tahun baharu Cina, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tahun Naga, menurut kalendar Cina membawa maksud kekuatan dan karisma, selain sifat kreativiti dan keyakinan.

“Justeru, bagi membangkitkan semangat prinsip-prinsip universal tersebut, kita sebagai rakyat Malaysia mesti teruskan tekad untuk menjadi masyarakat yang unggul dan madani,” katanya dalam satu hantaran di facebook.

Anwar berkata kerajaan akan lebih kuat dan tegap demi memaknai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya.

“Ekonomi mesti dibangunkan secara saksama, mampan dan berkebajikan, kebejatan (kerosakan) mesti dijauhkan serta perpaduan diperkukuh.

Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina. Semoga perayaan tahun baharu pada tahun ini membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah.

Dalam video yang turut dimuatnaik dalam laman facebook Anwar berkata semoga tahun ini disambut dengan gembira oleh keluarga dan dengan damai.

“Xin Nian Kuai Lai, dan mudah-mudahan tahun ini tahun bahagia dan tahun tahun berikutnya begitu lebih bahagia. Xin Nian Hao,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini