comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pusat peranginan atas air Semporna musnah terbakar

FOTO: Ihsan JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

SEMPORNA: Sebuah pusat peranginan atas air, The Buwan Dive Resort, Semporna musnah terbakar, tengah hari tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kebakaran melibatkan sebuah pusat peranginan jenis tidak kekal berkeluasan 50’x60′ kaki terbakar 95 peratus.

Panggilan kecemasan diterima jam 12.12 tengah hari, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna digerakkan ke lokasi bersama sepasukan BBP Atas Air Semporna bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Jarak ke lokasi kejadian sembilan kilometer, maklumat keanggotaan dan logistik membabitkan 14 anggota dan pegawai serta tiga jentera BBP,

FOTO: Ihsan JBPM Sabah

“Operasi pemadaman satu aliran kira-kira 100 meter, satu pancutan sumber air dari jentera dan satu aliran 70 meter pancutan, pam angkut serta sumber air terbuka (air laut),” menurut itu di sini hari ini.

Operasi terkawal pada jam 1.25 petang dan tamat pada jam 3.19 petang, tiada mangsa yang terlibat dilaporkan oleh ketua operasi dalam kejadian berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini