comscore
Tumpuan :
Nasional

Video raya sensasi: Laporan polis sudah dibuat, beri ruang kepada siasatan

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini disaran untuk memfokuskan kepada ibadah dan melakukan kebaikan di akhir 10 Ramadan ini yang masih tinggal.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata memandangkan ajaran Islam yang menekankan bahawa pada akhir Ramadan ini merupakan masa yang paling mustajab untuk berdoa.

Katanya selain itu semua pihak juga perlu meletak ketepi isu yang tidak penting di bulan mulia ini terutama melibatkan perkara- perkara yang tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Beliau menasihatkan semua pihak agar bertenang dan jangan melakukan sesuatu perkara di luar batasan, paling penting adalah memastikan kesahihan fakta serta maklumat.

“Laporan polis juga sudah dibuat dan beri ruang kepada pihak bertanggungjawab untuk melakukan siasatan.

“Video yang tular itu memerlukan satu analisa menyeluruh dan bukan spekulisi semata-mata kerana implikasinya sangat besar kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pihak media mengulas video lagu raya yang dimuat naik usahawan sensasi itu pada Program Dialog Pemimpin Pelbagai Kaum di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

Seramai 40 wakil Pemimpin Pelbagai Kaum mewakili 300 hadir pada seisi dialog itu bagi membincangkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas seorang usahawan kosmetik.

Laporan polis itu dibuat pada malam tadi di balai polis Melaka Tengah susulan video klip lagu terbaharu hari rayausahawan itu tular di media sosial Facebook dan Instagram.

Dalam laporan polis itu, individu berkenaan menyatakan video yang disiarkan lelak itu melanggar prinsip ke lima rukun negara iaitu kesopanan dan kesusilaan serta mengganggu gugat kesucian agama Islam di bulan Ramadan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini