comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rossa mahu angkat martabat ibu tunggal

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Di sebalik nama gah Datuk Seri Rossa, terpendam kedukaannya yang tersendiri.

Memegang status ibu tunggal selama 15 tahun bukanlah perkara mudah buat penyanyi yang popular dengan lagu Pudar.

Bertekad menghasilkan filem dokumentari sempena 25 tahun perjalanan kariernya, kisah suka duka sebagai ibu tunggal turut diabadikan dalam filem ‘All Access to Rossa 25 Shining Years’.

Seiring dengan judulnya, karya ini memaparkan sosok lain Ratu Pop Indonesia yang belum pernah diceritakan kepada sesiapa.

“Aku tidak banyak berbicara tentang hal-hal kehidupan privasi aku di media tapi untuk filem ini, sudah tiba masanya menjawab pertanyaan selama ini.

“Apabila menonton hasil dokumentari ini, aku begitu sedih melihat reaksi daripada orang sekeliling, tidak sangka mereka memandang aku sebegitu, sejujurnya amat terharu,” ujarnya ketika ditemui Buletin TV3.

Memilih Malaysia sebagai salah satu lokasi tayangan dokumentarinya, Rossa berpendapat negara ini ibarat rumah kedua, justeru dia berbesar hati untuk menyiarkan filem sulungnya bagi tontonan peminatnya di sini.

Mengambil masa sekitar dua tahun untuk menyiapkan dokumentari autobiografi ini, ibu kepada Rizky Langit Ramadhan ini berkata, naratif kehidupan di dalam karya itu merupakan olahan dirinya sendiri.

Beliau berharap agar naskhah ini mampu menjadi pencetus inspirasi buat ibu tunggal dan bakal artis untuk terus bersemangat mengejar cita-cita.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini