Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Saksi beritahu nampak percikan api pada kotak elektrik – Bomba

PETALING JAYA: Saksi dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan 20 gerai dan gimnasium di pusat penjaja Uptown Kota Damansara di sini malam tadi mendakwa terdapat percikan api berhampiran kotak fius agihan elektrik di kawasan itu.

Justeru, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, masalah pendawaian dipercayai antara faktor berlakunya kebakaran berkenaan.

“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan oleh pegawai forensik bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya hari ini.

 

Kebakaran besar itu menyebabkan ramai peniaga kerugian apabila 20 lot gerai dan gimnasium musnah.

Pasukan bomba menerima maklumat kebakaran pada jam 8.30 malam.

Sementara itu, Ketua JBPM Zon 1 Shah Alam, Ahmad Zaidi Safuan berkata, jumlah kerugian keseluruhan akibat tragedi itu masih dalam siasatan.

“Kita masih cuba menghubungi pemilik khemah terbabit namun, difahamkan aktiviti perniagaan di kawasan itu dijalankan tanpa kebenaran pihak berkuasa dan pemilik tanah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini