comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sang bedal didakwa muncul di sungai Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Seekor buaya dirakamkan muncul dipermukaan sungai di daerah ini dipercayai dihanyutkan arus akibat banjir.

Video berkenaan dipercayai  dirakam di Sedeli dan dimuatnaik  dalam sebuah facebook penduduk setempat.

Kemunculan reptilia berkenaan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Hussin Zamora bagaimana berkata, hingga kini tiada sebarang laporan diterima berhubung kemunculan reptilia itu.

Katanya, pihak polis juga tidak  dapat mengesahkan video berkenaan dirakamkan di Kota Tinggi atau tempat lain.

Justeru orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video yang ditularkan berkenaan.

Loading...
Terkini