comscore
Tumpuan :
Nasional

Video saya berbual dengan Wahab disunting – Agus

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mendakwa video perbualan yang dikaitkan dengan dirinya bersama individu bernama Wahab yang tular di media sosial, disuai pinda dan disunting.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan pihak tertentu yang sengaja mahu menjatuhkan reputasi beliau dengan menyebarkan video yang didakwanya sebagai palsu.

“Video itu sesuatu yang disuai pinda, sesuatu yang disunting,” katanya ketika sidang media sebentar tadi.

Dalam pada itu, Mohammad Agus berkata beliau menyedari hakikat bahawa ada pihak yang tidak senang dengan beliau dan jawatan yang disandangnya dalam J-KOM.

Beliau juga mendakwa video yang tular itu hanyalah sekadar panggilan biasa antara beliau individu bernama Wahab yang juga seorang pembantu pegawai di J-KOM.

Turut hadir pada sidang media itu lelaki bernama Wahab yang bertanggungjawab merakam video asal.

Semalam, Agus beritahu media bahawa beliau menghantar surat meletak jawatan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kelmarin.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini