comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] “…sejam kemudian, kawan datang berenang.” – TMJ

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi ciapan di Twitternya, berkongsi pengalaman berdepan kehadiran seekor buaya, ketika berenang bersama putera dan puterinya.

Tunku Ismail berkata, beliau sedang berenang dan ternampak seekor buaya berenang di kawasan berhampiran, sejam kemudian.

Lokasi kejadian dipercayai di hadapan Istana Flintstone dekat Mersing.

Dalam ciapan itu, Tunku Ismail turut berkongsi satu video berdurasi 26 saat memaparkan seekor buaya di laut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor, Aminuddin Jamin, berkata pihaknya akan menyiasat lebih lanjut berhubung penemuan yang dimaksudkan.

“Buaya biasanya akan bergerak dari suatu muara sungai dan masuk ke muara sungai lain melalui pesisir pantai. Kita akan siasat lebih lanjut berkaitan penemuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Loading...
Terkini