Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
HULU TERENGGANU: Tiga sekolah yang ditutup di daerah Kuala Berang akan diberi cuti bencana sehingga keadaan banjir pulih semula.
Tiga sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Agama Mahmudiah dan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong ketika dihubungi berkata, menjelang tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang semakin hampir iaitu pada 2 Disember depan, pihaknya telah menempatkan lokasi pusat peperiksaan baharu bagi sekolah yang terjejas.
Katanya, terdapat 166 pusat peperiksaan bagi seluruh negeri Terengganu dan berikut adalah senarai pusat peperiksaan yang tersenarai sebagai berisiko banjir.
Tiga sekolah yang ditutup di daerah Kuala Berang akan diberi cuti bencana sehingga keadaan banjir pulih semula. pic.twitter.com/csw2fzzV4U
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 28, 2024
1. SMK CHUKAI
Laluan dan asrama dinaiki air – kekal di sekolah
2. SMK AYER PUTEH
Laluan dan sekolah banjir, calon SPM akan ditumpangkan ke SMK Cheneh Baru
3. SMK MAK LAGAM
Laluan dan sekolah banjir, calon SPM akan ditumpangkan ke SMK Banggol
4. SMK BUKIT MENTOK
Laluan ke sekolah dinaiki air, calon SPM akan ditumpangkan ke SMK Permai.
5. SMK TENGKU AMPUAN INTAN
Sekolah dinaiki air, calon SPM akan ditumpangkan ke SMK Jenagor
6. SMA MAHMUDIAH
Sekolah dinaiki air, calon SPM akan ditumpang ke SMK Ajil
7. SM IMTIAZ KUALA BERANG
Sekolah dinaiki air, calon SPM akan ditumpangkan ke SM Sains Hulu Terengganu
8. SMK PADANG KEMUNTING
Laluan dan sekolah dinaiki air, calon SPM akan ditumpangkan ke SMK Tengku Mizan Zainal Abidin
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.